Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua maut tercampak keluar dari kereta -

Dua maut tercampak keluar dari kereta

SEORANG lelaki dan remaja perempuan maut selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru,di sini, pada tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 12.23 tengah malam.

Menurutnya, lapan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kedua-dua mangsa iaitu Lee Kah Lok, 19, dan Ng Kui Yang, 15, tercampak keluar dari kereta jenis Honda Civic EJ.

“Mangsa perempuan ditemukan bersebelahan kenderaan manakala mangsa lelaki iaitu pemandu kenderaan didapati tersepit di bawah kereta itu berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari laluan arah Gelang Patah ke Skudai.

“Kereta berkenaan dipercayai berpusing ketika kejadian dan memasuki laluan bertentangan, namun kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain,” katanya lapor BH Online.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 1.37 pagi ini,” katanya.