Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jemaah terkandas: 17 laporan polis diterima setakat ini - Polis -

Jemaah terkandas: 17 laporan polis diterima setakat ini – Polis

SEBANYAK 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penerbangan ke Jeddah, Mekah pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga jam 4.30 pagi Jumaat.

“Kami telah rekodkan sehingga jam 4.30 pagi tadi, 17 laporan polis telah dibuat terhadap UC Travel, dari segi siasatan kita akan teruskan sama ada berlaku penipuan atau tidak.

Kita dah interview dia (pemilik) secara lisan, kita interview dia dan rekod keterangan dua perkara berlainan.

“Semalam kita sudah interview dia untuk dapatkan cerita, ekoran daripada report ini kita akan jalankan siasatan jika terdapat elemen tipu,” katanya lapor Astro AWANI pada Jumaat.

Tambah Imran, beliau tidak menolak lebih banyak laporan polis akan dibuat oleh pihak jemaah dari semasa ke semasa.

“Dia (pemilik) adalah suspek, kita akan panggil dia nanti. Report ini melibatkan banyak tempat, Setapak, Kajang, dan banyak tempat bukan hanya di KLIA sahaja.

“Report ini dibuat oleh jemaah Haji sendiri,” katanya lagi.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semalam, tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 400 jemaah Haji terkandas di KLIA selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah.

Malah berlaku kekecohan selepas salah seorang individu dipercayai dari syarikat agensi pelancongan dikerumuni jemaah bagi mendapatkan penjelasan.

Ada diantara jemaah yang terpaksa menunggu sejak 28 Jun untuk penerbangan menunaikan rukun Islam kelima itu, namun ditunda atas alasan tertentu.

Kesemua jemaah Haji itu berdaftar di bawah visa furada.