Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengguna media sosial berang kadar OPR naik -

Pengguna media sosial berang kadar OPR naik

PENGGUNA media sosial menyuarakan rasa tak puas hati dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.25% yang diumumkan Bank Negara (BNM) hari ini.

Beberapa netizen meluahkan rasa kecewa memandangkan kenaikan kadar OPR itu berlaku ketika kos sara hidup dan harga barangan turut meningkat.

Pengguna Facebook, William Kee, berkata mereka yang mempunyai pinjaman perumahan atau perniagaan pasti akan lebih terbeban.

“Kemelesetan (ekonomi) sedang berlaku, (orang ramai) tidak dapat menjual rumah sekalipun,” katanya lapor portal FMT.

Seorang lagi warganet, Edward Kong meramalkan rakyat akan lebih menderita, malah menganggap keadaan itu akibat kerajaan yang “tidak cekap”.

Perkara itu turut disuarakan menerusi laman sosial Twitter dengan beberapa warganet turut merasakan kenaikan kadar OPR pasti akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap masyarkat di negara ini.

Pengguna, @VokalKita berkata keputusan BNM itu dibuat tanpa mengambil kira keadaan yang dihadapi orang ramai ketika ini.

“Kes Covid-19 sedang naik semula, kos sara hidup meningkat, dan ketidakpastian dalam ekonomi global masih terasa. Kesan sosial memang akan berlaku dan pasti menjejaskan ekonomi serta politik tidak lama lagi.”

Seorang lagi pengguna Twitter, @satishwaannair berkata, OPR berkemungkinan dinaikkan lagi tahun ini, malah seorang lagi, @datukhensem menjangka BNM akan mengumumkan perkara itu pada September.

Dalam kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat dasar monetari (MPC) pada Rabu, BNM mengumumkan menaikkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.25% daripada 2%.

Mei lalu, bank pusat telah menaikkan kadar OPR kepada 2% daripada 1.75% yang dilaporkan paling rendah pernah direkodkan, berikutan pengurangan 25 mata asas pada Julai 2020, memetik kemerosotan ekonomi global akibat pandemik dan penguncupan aktiviti ekonomi Malaysia.