Tembakan rambang Hari Kemerdekaan AS, Polis tahan seorang suspek

0
302

SEORANG suspek yang melepaskan tembakan ke atas pengunjung semasa perarakan sempena Hari Kemerdekaan di Chicago, Amerika Syarikat (AS) telah berjaya ditahan.

Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian.

Menurut laporan Astro AWANI, polis dilihat mengepung sebuah kereta sebelum Crimo ditahan.

Dalam pada itu, punca kejadian dan motif suspek belum didedahkan.

Dalam kejadian pada 4 Julai lalu, sekurang-kurangnya enam terkorban manakala 36 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang semasa perarakan sempena hari kebangsaan AS di Highland Park.

Siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan dari bumbung sebuah bangunan.

Polis turut menemui sepucuk senapang patah di bumbung sebuah bangunan di Highland Park.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here