Suspek dakwa dengar bisikan sebelum tikam leher ibu

0
273

SUSPEK yang menikam ibu kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini hari ini mendakwa, dia berbuat demikian setelah mendengar bisikan ibunya menyembah berhala.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ketika ditahan suspek berusia 38 tahun itu mengaku menikam leher kiri dan kanan ibunya menggunakan sebilah pisau berukuran 26 sentimeter (cm).

Beliau berkata, suspek juga disahkan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka.

“Atas sebab itu, suspek dikatakan masuk ke bilik ibunya yang baru sahaja selesai mandi sebelum menikam leher kiri dan kanan mangsa menggunakan pisau memotong sayur.

“Suspek kemudiannya dikatakan telah menyerahkan pisau itu kepada ibunya, sebelum ibunya bertindak membuang pisau itu melalui tingkap di biliknya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita warga emas dipercayai maut selepas dikelar anak sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Luboh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang berusia 60-an dipercayai telah dibunuh oleh anak sulungnya.

Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here