Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari -

Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari

LELAKi yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkahmah, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemuka Polis Diraja Malaysia (PDRM), pagi ini.

Suspek lelaki berusia 25 tahun itu yang memakai baju lokap bewarna oren tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi dengan dikawal ketat polis, lapor BH Online.

Semalam, suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal ditahan polis, selepas gambar dan videonya menunggang motosikal dalam keadaan bogel tular di media sosial.

Dia disyaki membunuh isterinya, 26 tahun dan anak lelakinya, berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kematian dua beranak itu pada jam 12.42 tengah hari.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari. Polis bertindak atas maklumat, sebelum berjaya membuat tangkapan ke atas suspek.

“Pada jam 2.45 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan suspek di kawasan Permas Jaya,” katanya.

Turut dirampas ketika tangkapan dibuat ialah sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, isteri dan bayi lelaki suspek dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, di sini, sebelum tengah hari nanti.