Kereta dipandu lawan arus, warga emas maut

0
356

SEORANG lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

“Pemandu Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here