Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jemaah haji 62 tahun meninggal duna -

Jemaah haji 62 tahun meninggal duna

SEORANG jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di Makkah pada 25 Jun lepas berikutan jangkitan kuman yang teruk.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Warga emas berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu meninggal dunia di Hospital King Faisal setelah dirujuk pakar kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH).

Selain itu, Idris berkata setakat 2 Julai lepas, seramai 13 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah sementara tiga Jemaah lagi di Hospital Arab Saudi.

“Tabung Haji sentiasa prihatin dengan kebajikan setiap jemaah, terutama dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik,” katanya ketika sidang media di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan penginapan jemaah Malaysia, lapor Bernama.

Selain itu, Idris mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan mengikut arahan petugas TH yang ditempatkan.

“Saya berharap semua jemaah haji Malaysia mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kerajaan Malaysia dan TH sentiasa memantau dengan teliti berhubung perkara berkaitan isu keselamatan di Tanah Suci dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas yang boleh menyebabkan strok haba.