Ira Kaza diarah fail pembelaan dalam kes saman Puteri Sarah

0
551

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak kepada pelakon Kazaruddin Saisi, Faghira Fatini untuk memfailkan pernyataan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah, dalam tempoh sebulan.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selaku plaintif berkata Hakim Rofiah Mohamad mengeluarkan arahan itu pada prosiding pengurusan kes dalam kamar hari ini.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Faghira) untuk memasukkan pembelaan dalam masa sebulan. Jika perlu jawab, kami (plaintif) akan jawab, jika tidak, mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding.

Katanya, mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Selain itu, Akberdin berkata mahkamah turut mengekalkan perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga perbicaraan penuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here