SEKURANG-kurangnya 20 rumah penduduk di Kupang, Baling Kedah terjejas akibat banjir kilat setelah hujan lebat berterusan lebih tiga jam, petang ini.
Antara kawasan terlibat ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas yang menerima limpahan air dari sebatang sungai berhampiran.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, hujan dilaporkan bermula kira-kira pukul 2 petang sebelum air sungai melimpah ke rumah penduduk yang berada berdekatan tebing.
“APM Baling mula menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 6 petang, sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan mendapati beberapa rumah penduduk sudah dinaiki air.
“Sehingga kini, pemantauan masih dilakukan dan tindakan memindahkan penduduk dilakukan sekiranya keadaan didapati berbahaya kepada mereka,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Menurut Rasidah, setakat ini jumlah sebenar mangsa belum diketahui dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 7 petang ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.