TIGA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan depan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Mangsa yang maut adalah B. Janani Sri, 25, P.S. Thamilselvam, 25 dan P.S. Sasitaran, 18.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.30 pagi.
“Sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan treler,” katanya memetik laporan Harian Metro.
berita lanjut menyusul
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.