Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Terbuka Malaysia: Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua -

Terbuka Malaysia: Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua di Terbuka Malaysia 2022, selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung dengan sokongan padu lebih 5,000 penyokong di Axiata Arena, Zii Jia selaku pemain di ranking kelima dunia terdahulu dilaungkan amaran awal apabila tewas 19-21 kepada pemain berusia 28 tahun itu pada set pertama.

Zii Jia, 24, bangkit pada set kedua menerusi kemenangan 21-19, namun kecundang 16-21 pada set penentuan selepas pertarungan melebihi sejam.

Kemenangan itu turut membantu Rhustavito menyamakan rekod pertemuan dengan juara All England 2021 itu kepada 4-4, dengan kemenangan terakhirnya pada Terbuka Taiwan 2019, manakala pertemuan di Kejohanan Asia dan Terbuka Thailand tahun ini berpihak kepada pemain Malaysia.

Kekalahan itu juga menyaksikan penyokong badminton tanah air terlepas peluang menonton pertembungan suku akhir epik di antara Zii Jia dan Kento Momota esok (Jumaat).

  • – BERNAMA