Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suami isteri maut kemalangan di Jalan Jeli-Bukit Rotan -

Suami isteri maut kemalangan di Jalan Jeli-Bukit Rotan

SEPASANG suami isteri maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jelai ke Bukit Rokan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata kemalangan kira-kira 12.45 tengah hari itu mengakibatkan suami yang berusia 68 tahun dan isterinya berusia 62 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati wanita yang memandu kereta jenis Nissan Grand Livina berusia 50 tahun dalam perjalanan dari arah Jelai ke Bukit Rokan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu wanita tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan, kemudian bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat pasangan itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat manakala wanita terbabit telah dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan parah di kaki.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA