JUMLAH kematian akibat Covid-19 mencatat kenaikan kepada lapan kes pada Isnin, berbanding hanya satu yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data yang dikeluarkan KKM menerusi portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah sebanayak 35,754 kes.
Daripada lapan kematian, satu melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, 1,888 kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dengan enam kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu sebanyak 1,894 setakat semalam.
Angka itu membawa kepada kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini kepada 28,093 kes.
Sejumlah 26,894 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 15 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sementara itu, seramai 1,150 pesakit dirawat di hospital dengan 34 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.