DUA beranak rentung manakala dua lagi melecur dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Taman Gembira, Seputeh, Kuala Lumpur pada pagi Ahad.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.22 pagi, mengikut laporan BH Online.
“Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Pantai, BBP Sri Petaling dan BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.54 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 7.12 pagi sebelum menemui dua mangsa rentung,” katanya.
Tambahnya, kediaman banglo tiga tingkat itu dihuni enam sekeluarga dan mangsa dipercayai warga emas wanita berusia 61 tahun dan anaknya berusia 27 tahun yang masing-masing berada di bilik berasingan.
“Api dipercayai bermula dari tingkat tiga kediaman terbabit sebelum merebak ke tingkat bawah,” katanya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa yang melecur dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan.
“Siasatan lanjut berhubung punca dan jumlah kerugian sedang dijalankan,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.