Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga ejen laut warga indonesia ceroboh perairan negara dicekup -

Tiga ejen laut warga indonesia ceroboh perairan negara dicekup

TINDAKAN tiga ejen laut warga Indonesia menceroboh perairan negara mengundang padah apabila dicekup di sekitar perairan Jeram di sini, pada Sabtu.

Kesemua lelaki berusia 28 hingga 59 tahun yang menaiki bot kayu itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pukul 1.16 pagi.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu dilakukan selepas radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) mengesan sebuah kapal mencurigakan sedang bergerak menuju ke Sungai Janggut.

“Bot APMM yang sedang menjalankan rondaan rutin kemudian digerakkan ke lokasi untuk memintas kapal tersebut. Pemeriksaan mendapati ia bot kayu yang dinaiki seorang tekong dan dua kru tanpa sebarang dokumen pengenalan diri sah.

“Kesemua suspek itu datang dari perairan Indonesia dan disyaki sebagai ejen laut,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan Kosmo!

Jelas Siva Kumar, bot dan tiga lelaki itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokuman pengenalan diri yang sah.

“Selain itu, mereka melakukan kesalahan memasuki perairan negara melalui jalan yang tidak diwartakan,” ujarnya