Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mahkamah benar Arul Kanda beri keterangan terhadap Najib -

Mahkamah benar Arul Kanda beri keterangan terhadap Najib

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, memberikan keterangan terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam kes pindaan terhadap laporan akhir pengauditan syarikat pelaburan strategi negara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya Arul Kanda menjadi saksi pendakwaan mengikut Seksyen 63 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor BH Online.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan bekas Najib dalam membuat pindaan berkenaan, bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Prosiding perbicaraan kes itu bersambung dengan Arul Kanda memberikan keterangan pagi ini.