Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Zii Jia tarik diri Sukan Komanwel 2022 -

Zii Jia tarik diri Sukan Komanwel 2022

PERSEORANGAN lelaki badminton profesional negara, Lee Zii Jia membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk tidak mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham yang berlangsung 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

Zii Jia, 24, mengambil keputusan itu bagi memberi tumpuan penuh terhadap misi besarnya tahun ini untuk merangkul Kejohanan Dunia yang berlangsung di Tokyo bermula 21 Ogos.

Ia satu tamparan buat kem badminton negara tatkala Zii Jia dianggap prospek untuk menyumbang emas buat kontijen Malaysia yang menyasarkan untuk membawa pulang tujuh emas dari temasya itu nanti.

“Keputusan ini dibuat disebabkan faktor keadaan tubuh badan saya selepas beraksi dalam banyak kejohanan berturut-turut. Dengan keadaan sekarang, saya tidak cukup rehat.

“Saya perlu memilih antara Sukan Komanwel dengan Kejohanan Dunia. Saya juga mengadakan perbincangan bersama pasukan saya dan kami putuskan untuk memberi fokus lebih kepada Kejohanan Dunia,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Juara Asia itu kini sedang bersiap untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan membuka tirai Selasa depan.