TVET, cetusan idea Muhyiddin mula membuahkan hasil – Mahathir Rais

0
300

DALAM usaha kerajaan melahirkan lebih ramai pakar dan pemimpin dalam kalangan warga profesion teknikal, pemerkasaan model Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah kunci bagi mencapai cita-cita harmoni itu.

Namun, bagi Ketua Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Segambut, Mahathir Rais melihat hasrat itu pasti tidak mampu dicapai tanpa buah fikiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, beliau sentiasa menekankan bahawa minat generasi baharu perlu dipupuk untuk menceburi bidang berkaitan teknikal.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Mohd Rais

“Ini memandangkan ketika itu beliau melihat bahawa bidang berkaitan teknologi akan menjadi profesion permintaan tinggi pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi SatuBerita, Rabu lalu.

Selain berupaya menghasilkan lebih ramai generasi muda yang celik dalam bidang TVET hari ini, Mahathir juga percaya hasil perancangan teliti Muhyiddin telah mewujudkan tenaga kerja professional teknikal yang mahir.

“Muhyiddin percaya TVET adalah tunjang pembangunan sumber manusia dalam memastikan tenaga kerja baharu yang berkemahiran tinggi dapat dihasilkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here