Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
2,425 kes baharu Covid-19, empat kematian direkod -

2,425 kes baharu Covid-19, empat kematian direkod

SEBANYAK 2,425 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,547,051 kes.

Menurut portal CovidNow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada Rabu dan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,741 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 27,026 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 25,972 atau 96.1 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala empat individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,020 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 30 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 1,550 kes sembuh turut direkodkan pada Rabu, dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,484,284 kes.