Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal -

RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter daripada RM4.83 kepada RM4.84 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan pada Rabu, kenaikan harga tersebut berkuat kuasa bagi tempoh 23 hingga 29 Jun 2022, memetik laporan Astro AWANI

“Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter,” menurut kenyataan tersebut.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, MOF menyatakan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Kerajaan dalam masa sama akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.