Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peguam, jurugambar bertumbuk di lobi mahkamah -

Peguam, jurugambar bertumbuk di lobi mahkamah

Suasana lobi mahkamah di Shah Alam pagi ini, bertukar kecoh seketika apabila petugas media dihalang merakam gambar Samirah Muzaffar yang hadir bagi mendengar keputusan peringkat pendakwaan berhubung pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, pada 2018.

Keadaan itu berlaku selepas peguam mewakili Samirah didakwa menjerit dan meminta supaya diberi laluan, selain dikatakan cuba menolak jurugambar yang mahu menjalankan tugas mereka.

Kejadian berlaku ketika Samirah bersama beberapa peguam tiba untuk menaiki lif ke Mahkamah Tinggi, lapor BH Online.