Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes harian Covid-19 lepasi 2,000 sekali lagi -

Kes harian Covid-19 lepasi 2,000 sekali lagi

SEBANYAK 2,093 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,542,705 kes.

Sebanyak 2,082 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,481,018.

Ketika ini, 25,952 kes aktif direkodkan, dengan 24,929 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 15 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 985 (3.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 23 kes dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.3%.

Tiga kes kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,735 orang.