JABATAN Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan kanak-kanak yang menjadi mangsa dadah Isnin lepas berada dalam keadaan stabil.
Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, bagaimanapun pihaknya kini masih memberikan perhatian rapi berkaitan situasi dan perkembangan semasa budak berusia empat tahun itu.
“Buat masa ini, pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan berada di bawah jagaan pakar,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Isnin lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, Kelantan berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat tertelan dadah jenis methampethamine.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kanak-kanak tersebut yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini terpaksa ditidurkan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.