Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu, lima cedera bas kilang ke Singapura terbabas -

Pemandu, lima cedera bas kilang ke Singapura terbabas

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEBUAH bas kilang yang membawa sembilan penumpang hilang kawalan sebelum melanggar bantuan konkrit jambatan di susur Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Johor Bahru, hari ini.

Kemalangan pada pukul 5.30 pagi itu mengakibatkan bas berkenaan terbabas ke bahu kiri jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assiten Komisioner Rupiah Abd Wahid memberitahu, insiden itu berlaku semasa bas kilang tersebut dalam perjalanan dari Taman Ungku Tun Aminah, SKudai, Johor Bahru ke Singapura.

Katanya, pemandu bas bersama lima penumpang dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapat rawatan lanjut.

“Sementara empat penumpang lain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Johor Bahru, hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda RM5,000 hingga RM10,000 serta boleh dipenjara 12 bulan jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122. – SB