Seorang maut kilang kimia di Shanghai meletup

0
431

 SEORANG terbunuh dalam kejadian kebakaran sebuah kilang kimia yang menyaksikan kepulan asap tebal hampir menyelubungi keseluruhan bandar.

Kejadian di Sinopec Shanghai Petrochemical Co itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 4 pagi dan hanya berjaya dikawal beberapa jam kemudian, lapor agensi berita Xinhua.

“Kebakaran di tempat kejadian berjaya dikawal dan usaha memadamkan api sedang giat dilaksanakan.

“Difahamkan, kebakaran menyebabkan satu kematian,” lapor agensi berita itu.

Dalam kejadian berkenaan, penduduk setempat terdengar bunyi letupan dari arah kilang terbabit sejauh kira-kira enam kilometer, lapor BH Online.

Malah, rakaman video memaparkan asap tebal serta debu tular di media sosial.

Menerusi rakaman dari udara, tiga kebakaran dapat dilihat di bangunan berasingan.

Pihak bomba Shanghai berkata, seramai 500 anggota dikerah ke tempat kejadian sebaik menerima laporan insiden berkenaan jam 4.28 pagi.

Kementerian Pengurusan Kecemasan turut menghantar kumpulan pakar ke lokasi kejadian. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here