Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saifuddin kritik nasionalisme keterlaluan dan politik identiti -

Saifuddin kritik nasionalisme keterlaluan dan politik identiti

NASIONALISME keterlaluan dan politik identiti menjejaskan kewujudan bersama secara aman di kalangan rakyat dan negara, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada persidangan di New Delhi, India pada Khamis.

Berucap pada sesi menteri “Dialog Delhi”, menteri itu berkata diplomasi dan kesederhanaan diperlukan untuk menghindari konflik.

“Dialog ini sangat bertepatan dalam suasana hari ini dan penting kerana kita sedang membincangkan untuk menjalin persahabatan ketika identiti dan politik nasionalistik mengancam untuk mengetepikan nilai kesederhanaan dan toleransi,” kata Saifuddin.

Beliau menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan dalam ekstremisme agama dan nasionalisme keterlaluan, yang mengetepikan demokrasi dan merencatkan globalisasi.

Menurut Saifuddin, ia meningkatkan cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional seperti keganasan, penghijrahan paksa, dan pertikaian wilayah.

Bagi perkumpulan 10 anggota negara Asia Tenggara, ASEAN, antara cabarannya adalah konflik di Myanmar, katanya.

Menteri Luar Malaysia pada pagi Khamis menyertai Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India (SAIFMM), yang menandakan ulang tahun ke-30 hubungan dialog antara kedua-dua pihak.

Saifuddin menyifatkan pertemuan itu sebagai “sangat berhasil”, berkata ASEAN dan India sepakat untuk “mengukuhkan dan meluaskan perkongsian strategik kami”.

Beliau berkata kedua-dua pihak boleh memanfaatkan dua kekuatan utama mereka – penduduk dan teknologi – dalam mengembangkan hubungan mereka.–Bernama