Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KPDNHEP Selangor lupus pelbagai barangan bernilai RM324,039 -

KPDNHEP Selangor lupus pelbagai barangan bernilai RM324,039

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melupuskan pelbagai barangan bernilai RM324,039.50 melibatkan 27 kes bermula Januari sehingga Jun lalu.

Antara barangan yang dilupuskan adalah melibatkan barang tiruan seperti cermin mata, telefon bimbit, kasut, selipar, sarung kaki, baju, aksesori telefon bimbit, beg tangan, tudung, daging dan lain-lain.

Semua barangan rampasan berkenaan melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Cap Dagang 2019.

Menurut Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin, semua barangan rampasan berkenaan melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Cap Dagang 2019.

“Pelupusan yang dijalankan di stor ekshibit Bukit Raja, Shah Alam ini adalah terbesar yang dijalankan pada tahun ini dan ia dilupuskan selepas mendapat arahan oleh pengawal dan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dijalankan di Stor Ekshibit Bukit Raja, Shah Alam, hari ini, lapor Sinar Harian.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang perniagaan yang ditetapkan kementerian dan tidak melanggar undang-undang membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Sebarang perlakuan yang melanggar mana-mana peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan KPDNHEP tidak akan berkompromi dan boleh mengenakan tindakan perundangan yang sewajarnya.

“KPDNHEP Selangor menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP,” katanya.