SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bernilai kira-kira RM5,000 dalam urusan pengeluaran kad pengenalan.
Menurut sumber, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira jam 9.30 pagi Rabu ketika hadir memberi keterangan, mengikut laporan dikeluarkan Bernama.
Suspek dipercayai telah meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah bagi urusan pengeluaran kad pengenalan negara.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Sekysen 17(a) Akta SPRM 2009.
Karunanithy berkata suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan hujung bulan Jun ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.