Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki mengaku tidak bersalah jual gambar lucah -

Lelaki mengaku tidak bersalah jual gambar lucah

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini terhadap pertuduhan menjual gambar lucah menerusi Twitter pada Mei 2019.

Tertuduh, Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan, lapor Harian Metro.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Hafizzul selaku Orang Kena Saman (OKS) melakukan kegiatan berkenaan dalam keadaan sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersil.

Bagi hantaran yang dilihat pada 17 Mei 2019, 10.50 pagi di Menara MCMC 1 di Cyberjaya, OKS didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Mahkamah menetapkan 19 Julai bagi sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.