Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Belon helium meletup cetus kebakaran, 8 termasuk kanak-kanak maut -

Belon helium meletup cetus kebakaran, 8 termasuk kanak-kanak maut

LAPAN orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran, ibu negara Iran.

Berlaku satu letupan diikuti kebakaran semasa majlis hari jadi di sebuah kafe di pinggir bandar Shahriar di Tehran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Tasnim, memetik laporan Astro AWANI.

Empat kanak-kanak adalah antara yang maut, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.

Tiga kanak-kanak, tiga wanita, dan seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital.

Menurut Pejabat Pendakwaraya Shahriar, kafe itu terletak di ruang bawah tanah dan sebiji belon helium meletup dan terbakar, berdasarkan maklumat awal.

Ketika kejadian orang ramai melarikan diri ke dapur di bahagian belakang tetapi mengalami sesak nafas akibat asap.