Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM sahkan tiada siasatan baharu UKSB -

SPRM sahkan tiada siasatan baharu UKSB

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan tiada individu baharu yang akan dikemukakan untuk dituduh dalam kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan sudah selesai dan kes UKSB kini dalam tempoh perbicaraan di mahkamah.

“Siasatan kes ini sudah pun selesai dan kes juga kini dalam perbicaraan. Mana-mana isu rasuah juga sudah dituduh.

“Jadi bagi saya, setakat ini tiada pihak lagi akan dituduh bagi kes UKSB,” katanya selepas Anugerah Media SPRM, lapor BH Online, hari ini.

Semalam, bekas Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani memberitahu Mahkamah Tinggi, bahawa syarikatnya memberi sumbangan dana politik antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada UMNO Bahagian Rembau yang mana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin adalah Timbalan Ketua UMNO bahagian itu.

Wan Quoris Shah, 42, yang juga ahli UMNO berkata, wang untuk tujuan bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaan itu tidak diserahkan secara terus kepada Khairy, sebaliknya diberikan menerusi UMNO Bahagian Rembau.