SEORANG pengendali forklift maut dihempap jentera angkat-susun itu ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat sebuah mesin berat di Pelabuhan Sandakan, pagi Selasa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dalam kenyataan di Sandakan, berkata insiden kira-kira jam 5.30 pagi itu melibatkan mangsa, Said Hassan yang berumur lingkungan 60-an, meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Bernama.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat forklift tiba-tiba tumbang ketika sedang mengangkat sebuah mesin berat dan bahagian kepala pengendali jentera itu tersepit di sisi kiri bumbung forklift itu.
Menurut bomba, operasi mengeluarkan mayat mangsa dilakukan menggunakan sebuah lagi forklift.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.