SEORANG imam didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan kesalahan seksual termasuk berbogel di depan kanak-kanak perempuan, bulan lalu.
Utusan Malaysia melaporkan, tertuduh yang berusia 60 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan imam di sebuah surau di Limbongan di sini, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Tindakan itu didakwa dilakukan tertuduh antara pukul 3.30 hingga 5 petang di sebuah surau di Limbongan di sini pada 28 Mei lalu.
Terduduh juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun antara pukul 5 petang sehingga 5.30 petang di dalam stor di surau sama pada hari sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.