Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis reman lelaki ceroboh, buat khianat di tanah perkuburan -

Polis reman lelaki ceroboh, buat khianat di tanah perkuburan

POLIS menahan reman seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol di sini yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun lepas dan direman bermula 10 hingga 15 Jun ini.

“Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazuki berkata hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan di kawasan itu.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya. – BERNAMA