Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
1,709 kes baharu Covid-19, dua kematian dicatat -

1,709 kes baharu Covid-19, dua kematian dicatat

NEGARA mencatatkan penurunan kes Covid-19 dengan 1,709 kes termasuk tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,524,727 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,746 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,466,304 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (660), Kuala Lumpur (411), Perak (122), Pulau Pinang (131), Negeri Sembilan (89) dan Putrajaya (52).

“Ia diikuti oleh Melaka (48), Johor (43), Sabah (38), Sarawak (35), Kedah (30),Pahang (27), Kelantan (10), Perlis (7), Terengganu (6) manakala tiada jangkitan baharu di Labuan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,711 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes kekal BID 7,573 kes.

Sebanyak 22,712 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,707 kes dikuarantin di rumah, 25 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 956 kes di hospital, 10 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 14 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.