Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasar Datuk Keramat terbakar lagi -

Pasar Datuk Keramat terbakar lagi

PASAR Keramat yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur sekali lagi terlibat dalam insiden kebakaran awal pagi Sabtu selepas perkara sama berlaku Mac tahun lepas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi.

Sejurus menerima panggilan itu, 47 anggota dari Balai Bomba Polis (BBP) Keramat, BBP Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian bersama lima buah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT).

“Setibanya di lokasi kejadian, kira-kira 1.40 pagi, api sedang marak dan kebakaran melibatkan lot kedai dengan anggaran kemusnahan 50 peratus disebabkan bahan binaan terdiri daripada kayu.

“Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran yang dianggar mengalami kemusnahan 10 peratus,” katanya lapor Harian Metro.

Tambahnya, kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 2.11 pagi dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Sebelum ini, media melaporkan lebih daripada 40 lot kedai di Pasar Keramat terbakar pada satu insiden 17 Mac 2021.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi memaklumkan pihaknya tidak menemui sebarang faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sabotaj seperti yang didakwa segelintir pihak di media sosial dalam insiden berkenaan.