Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan - Hishammuddin -
Keselamatan Sabah

Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan – Hishammuddin

TUNTUTAN veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk pencen bukan hanya melibatkan Kementerian Pertahanan sebaliknya banyak pihak lain lebih-lebih lagi jika ia berkait rapat dengan kemampuan atau kewangan negara.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya.

“Jumlah veteran ATM mencecah 300,000 di seluruh negara, apa jua pertimbangan untuk membela veteran ini perlu diambil peduli kerana jumlah mereka yang besar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ‘23) di Auditorium Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau mengulas perhimpunan kira-kira 1,000 veteran ATM dari seluruh negara di Tugu Negara pada Isnin lepas bagi menyuarakan tuntutan supaya kerajaan membela kebajikan mereka.

Tuntutan itu melibatkan penyelarasan dan pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen serta membuka ruang untuk pengampunan kepada mereka supaya dapat menerima pencen selain diiktiraf sebagai veteran.–Bernama