Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori -

JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), kata Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Mohd Shahzihan menerusi kenyataan hari ini berkata penetapan itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan apa-apa keputusan mengenai perkara itu, disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam.

“Baginda berpendirian, banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada di dalam budaya. Baginda juga bertegas bahawa mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat.

“Baginda juga tidak bimbang, jika akidah umat Islam kuat dan benar, ia akan mengenepikan sebarang iktikad dan amalan yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berkata baginda turut menitahkan semua perkara yang diputuskan dibuat dengan adil dan saksama, ditambah dengan kehidupan bermasyarakat dan kepercayaan yang pelbagai di Selangor khususnya.

“Sehubungan dengan itu, baginda telah menitahkan pegawai JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke majlis tersebut, bagi melihat sendiri apa yang berlaku di dalam program tersebut.

“Baginda sendiri pernah hadir ke majlis tersebut beberapa tahun lalu dan tidak melihat sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, melainkan ia satu program sosial pekerja-pekerja industri milik syarikat Jepun yang banyak di Selangor,” katanya.–Bernama