Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Haji: Jemaah Malaysia akan mula tiba di Mekah esok -

Haji: Jemaah Malaysia akan mula tiba di Mekah esok

BUMI Mekah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, esok.

Pengurus Maktab 47, Roslan Jonet berkata pihaknya akan menerima kira-kira 295 jemaah haji yang bertolak dari Madinah menerusi tujuh buah bas, sebelum dibawa ke bangunan Abraj Al-Janadriyyah, di sini.

Katanya, mereka merupakan rombongan haji yang pertama pada 4 Jun lalu dan bakal menerima sambutan dari pihak pengurusan, sebelum jemaah haji mengerjakan umrah.

“Esok akan ada sedikit sambutan untuk rombongan pertama…dari segi bilik penginapan juga telah disediakan dan mereka akan ditempatkan mengikut jadual penerbangan mereka serta penilaian tertentu, termasuk ikatan kekeluargaan,” katanya.

Roslan yang juga merupakan Pengarah TH Melaka, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerangkan tentang pelbagai persediaan yang dilakukan TH.

Dilaporkan sehingga kini seramai 1,940 jemaah menerusi tujuh penerbangan dari tanah air telah berada di Madinah.

Selain bangunan Abraj Al-Janadriyah yang menempatkan dua maktab (penginapan jemaah), iaitu maktab 46 dan 47, terdapat juga bangunan lain iaitu Qasr Al-Janadriah (maktab 49) serta Land Premium (maktab 48 dan 50).

Menurut Roslan, TH menyediakan kira-kira 30 petugas maktab dengan enam petugas bagi setiap maktab, yang akan berkhidmat 24 jam, bagi memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah.

“Setiap bangunan penginapan mempunyai pelbagai kemudahan termasuk pejabat pengurusan, farmasi, klinik kesihatan, kedai runcit dan kaunter khidmat pelanggan,” katanya.

Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini menerusi 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai.–Bernama