Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita hamil maut ditembak di perut -

Wanita hamil maut ditembak di perut

SEORANG wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan.

“Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.

Beliau berkata, semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama mangsa.

Muhamad Zaki berkata, hasil temubual dengan ibu mangsa memberitahu wanita berkenaan hamil tujuh bulan.