PRU15 bila-bila masa dari sekarang – PM

0
227

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua ahli Barisan Nasional (BN) bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka tiba pada bila-bila masa dari sekarang.

Beliau berkata, martabat BN perlu diangkat semula sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa.

Berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN), Ismail Sabri berkata, isyarat jelas yang ditunjukkan ialah rakyat kembali memberi kepercayaan kepada BN. 

“Walaupun pada penilaian kita, rakyat sudah kembali kepada BN, kita tidak boleh merasa selesa kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk memenangi hati rakyat, bagi menjamin kejayaan dalam PRU-15.

“Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang, bagi mengekalkan rentak kemenangan yang telah kita capai mutakhir ini,” katanya menurut laporan Astro AWANI, pada Rabu.

Terdahulu, beliau menolak kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, dan menganggap ia tidak sesuai memandangkan kenaikan harga barang makanan dan kos sara hidup yang berkaitan.

Menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo, Jepun, baru-baru ini, Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan berkata, beliau masih menunggu waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here