Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis buru pelajar kolej rogol gadis bawah umur -

Polis buru pelajar kolej rogol gadis bawah umur

PIHAK polis sedang mengesan pelajar koleh swasta kerana disyaki terlibat dengan kes rogol gadis di bawah usia di Baseri, Padang Besar Oktober tahun lalu sehingga mengakibatkan remaja berusia 16 tahun itu mengandung dan melahirkan anak di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 8.45 daripada Pegawai Perubatan HTF yang memberi maklumat berkenaan seorang remaja bawah umur yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah melahirkan anak luar nikah di hospital itu.

“Susulan laporan itu, polis kemudian ke HTF untuk bertemu dengan remaja terbabit dan merakamkan percakapan mangsa di aras kejadian itu sebelum dia menyatakan dia selamat melahirkan bayi Sabtu lalu.

“Hasil siasatan lanjut berkaitan kes ini, mangsa mendakwa diperkosa teman lelakinya berusia 25 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej swasta di Shah Alam (Selangor) di sebuah bilik di Padang Besar pada Oktober tahun lalu,” kata Mohd Shokri dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa mendakwa diperkosa suspek di sebuah bilik di Padang Besar pada Oktober tahun lalu.

“Mangsa kemudiannya mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik swasta dan mendapati dirinya sudah hamil tujuh minggu.

“Namun, dia tidak memaklumkan kepada ahli keluarga atau sesiapa sehinggalah bayi itu dilahirkan,” katanya.

Pihaknya juga sudah berjaya mengenal pasti suspek terbabit dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis di bawah usia yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.