Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemotong ikan mengaku salah tampar ibu, dijel 4 bulan -

Pemotong ikan mengaku salah tampar ibu, dijel 4 bulan

Seorang pemotong ikan dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menampar pipi kanan ibunya pada 14 April lalu.

Kosmo! melaporkan tertuduh, Muhamad Saifullah Jusoh, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba mencederakan ibunya, Khalthum Zakaria, 67, dengan cuba menampar di bahagian pipi warga emas itu.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Telok Panji di sini kira-kira pukul 11.18 pagi pada 14 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Aisyah Abdul Manah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nor Nadhirah Ismail.