Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir buruk di Brazil ragut 35 nyawa -

Banjir buruk di Brazil ragut 35 nyawa

SEKURANG-kurangnya 35 terkorban akibat banjir buruk yang melanda Brazil susulan hujan lebat berterusan yang bermula dari Jumaat.

Di Pernambuco, sekurang-kurangnya 33 terkorban pada Sabtu selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan perumahan, memetik laporan Astro Awani.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 765 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Sementara itu dua kematian direkodkan di wilayah Alagoas.

Susulan kejadian Presiden Jair Bolsonaro telah mengarahkan pasukan jawatankuasa khas bagi membantu mangsa di Pernambuco.

Pada Disember tahun lepas sehingga awal Januari tahun ini puluhan mangsa maut manakala berpuluh ribu yang lain terpaksa berpindah akibat banjir di wilayah Bahia.

Seramai 18 lagi terkorban akibat keadaan banjir yang melanda Sao Paulo pada akhir bulan Januari.

Pada bulan Februari lepas, lebih 230 penduduk terkorban susulan banjir yang melanda kawasan pergunungan di Rio de Janeiro.