Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
GRS diharap dapat memenuhi aspirasi rakyat Sabah - Muhyiddin -

GRS diharap dapat memenuhi aspirasi rakyat Sabah – Muhyiddin

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) yang didaftarkan secara rasmi sebagai entiti politik baharu di Sabah pada Mac lalu telah dilancarkan Ketua Menteri yang juga pengerusinya Datuk Hajiji Noor, pada Sabtu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan di Facebook mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelancaran parti berkenaan yang dipimpin oleh Hajiji Noor yang juga merupakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah dan Pengerusi PN Negeri Sabah.

Pendaftaran GRS secara rasmi pada Mac lalu membabitkan empat parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

“Penubuhan GRS diharapkan dapat memenuhi aspirasi rakyat negeri Sabah untuk memacu kemajuan dan pembangunan negeri Sabah yang lebih rancak dan mampan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) diterima masuk sebagai komponen GRS dan menjadikannya sebagai parti kelima menyertai gabungan politik berkenaan.

Pembentukan GRS bermula pada September 2020 iaitu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi menentang parti kerajaan pada masa itu iaitu Warisan Plus yang merangkumi Parti Warisan Sabah (Warisan), Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Pada masa itu, GRS disertai oleh Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh Bersatu, STAR, SAPP dan Barisan Nasional (BN) yang merangkumi UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta PBS. – SB