Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perahu layar warga Perancis ditahan masuki perairan negara -

Perahu layar warga Perancis ditahan masuki perairan negara

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang lelaki warga Perancis yang memasuki perairan negara dengan menggunakan perahu layar pada kedudukan 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, perahu layar yang sedang bersauh itu ditahan dalam rondaan OP Jaksa pada pukul 12.45 tengah hari.

“Perahu layar itu dikendalikan seorang nakhoda lelaki warga Perancis berumur 44 tahun dan didapati telah memasuki negara secara haram serta mengemukakan dokumen perjalanan tanpa cap kemasukan ke Malaysia.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda tersebut juga gagal melaporkan ketibaan memasuki perairan Malaysia.

“Nakhoda bersama perahu layar seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya salam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1952 kerana tidak ada cap kemasukan ke Malaysia secara sah serta di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak melaporkan ketibaan memasuki perairan Malaysia kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia. – SB