Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bukan cacar monyet tapi HFMD - KP Kesihatan -

Bukan cacar monyet tapi HFMD – KP Kesihatan

KEPUTUSAN ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mengesahkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan bukannya dijangkiti wabak cacar monyet atau monkeypox.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan ujian ke atas kanak-kanak itu adalah positif virus Coxsackie A6 dan negatif cacar monyet serta lain-lain virus yang diuji. 

“Diagnosis awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil yang mana MKAK  telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan cacar monyet,” katanya dalam catatan di Facebook pada Khamis

Dr Noor Hisham berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei)  dan ruam (16 Mei).

“Ruam itu menjadi blister (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei),” katanya. 

Sebelum ini, tular mesej di media sosial  memaparkan gambar seorang kanak-kanak dengan dakwaan kononnya cacar monyet sudah mula berjangkit di Malaysia. 

— BERNAMA