Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua jam hujan, KL banjir kilat -

Dua jam hujan, KL banjir kilat

HUJAN lebat sekitar jam 10.30 pagi dan berterusan hampir dua jam pada Rabu telah menyebabkan beberapa jalan di ibu kota ditakungi air.

Menerusi Facebook Polis KL memaklumkan, setakat jam 12.20 tengah hari, sebanyak sembilan lokasi terjejas iaitu Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail/ Ampang dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.

Menurut kenyataan itu, lokasi lain turut terjejas adalah Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas dan Jalan Ampang serta Jalan Dang Wangi.

“Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail dan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang mengalami banjir namun masih boleh dilalui kenderaan.

“Anggota berada di lokasi berkenaan bagi tujuan pemantauan,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, air bertakung di Jalan Ipoh/Jalan Rahmat telah menyebabkan penutupan laluan dari arah Bulatan Pahang ke Jalan Ipoh dan Jalan Raja Laut ke arah Jalan Ipoh dilakukan.

Kata kenyataan itu, air bertakung di Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi disebabkan longkang tersumbat menyebabkan air tidak boleh dialirkan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya dan petugas DBKL sedang bertungkus-lumus mengawal lalu-lintas dan melakukan kerja-kerja mengeluarkan air yang tersekat di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.

“Seramai 60 pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur berada di lokasi dinaiki air sejak pagi tadi,” katanya.