Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mayat lelaki OKU ditemukan di tepi sungai -

Mayat lelaki OKU ditemukan di tepi sungai

MISTERI kehilangan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemukan berhampiran sungai di Kampung Tanjung Aur, Telemong di sini, hari ini.

Mayat mangsa dijumpai kira-kira 9.30 pagi tadi oleh dua lelaki yang sedang mencari buluh lemang berhampiran sungai berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Hadi Ismail berusia 37 tahun yang berasal dari Marang dilaporkan hilang sejak 13 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung yang memaklumkan mengenai penemuan mayat lengkap berpakaian berhampiran hutan tidak jauh dari tebing sungai.

“Pasukan forensik yang bertugas di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa yang kudung paras lutut akibat kemalangan jalan raya lengkap berpakaian, namun tangan kiri mangsa disyaki telah dimakan binatang liar.

Turut ditemui, dua batang tongkat aluminium berhampiran lokasi penemuan mayat yang dipercayai milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Adli, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan mayat telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat. – BERNAMA